missa : assalamualaikum.. =)
u olls : "waalaikumusalamm.." good readers !
baca sinii...
Bicaraku pada-Nya…
Berterbangan jiwaku, mencari-cari sisipan berharga buat bekalan penghujung hayat. Tatkala itu, aku memandang dunia. Melihat manusia, yang Engkau kurniakan mereka kebahagiaan dunia, tetapi mereka lalai. Ada pula insan yang Engkau kurniakan mereka ujian dunia, dan mereka sedar akan tarbiahMu.
Setiap jiwa, Engkau hidangkan pelbagai corak keperitan dan nikmat.
Ketahuilah, kadang kala Iblis itu menggugat aku dengan bisikan,
“Mengapa Allah berikan nikmat itu kepada orang lain, bukan engkau?”
Jawab-Mu,
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi laki-laki, ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
[An-Nisa’: 32]
MasyaAllah! Benar. Aku merasakan Engkau amat mencintaiku lebih dari jiwa yang ada di muka bumi!
Lihatlah cinta Dia kepada kita sahabiahku. Diberi-Nya kalam, untuk kita hayati maknanya. Bukan sekadar hiasan, dan bukan sekadar alunan di saat kematian.
Aku terus berbicara dengan-Nya…
Khalid,
Sejarah hidupku, tidak seperti sufi yang mencintaiMu sepenuh hatinya.Namun, aku, bahkan jiwa-jiwa yang lain benar-benar mahu merasai cintaMu yang sebenar. Rasa itu, Engkau hadirkan dalam diri setiap insan, dan selayaknya Engkaulah yang perlu merasai cintaku dahulu ya Rabb.
Benar,
Engkau menguji ku dengan cinta dunia.
Benar,
Engkau memberi ku berbagai nikmat.
Benar,
Itulah yang selalu membuatkan aku alpa.
Dan benar, untuk menjadi hamba yang terbaik juga masih belum aku mampu…
Sakitnya ya Allah, perjuangan ku ke arah Mu..Demi Asma’ Mu yang mulia ya Allah, bukan ini yang aku mahu berikan padaMu.
Bukan ini ya Allah. Bukan ini balasan cintaMu..
Kemudian, Dia hadiahkan aku ayat-Nya,
“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang yang mengikut keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya dari kebenaran. Allah hendak memberikan keringanan padamu, kerana manusia itu diciptakan bersifat lemah” [An-Nisa’ : 27-28]
Berderai mutiara mata..
Astagfirullahhalazim…
Ampunkan aku…ampunkan aku…Ya Muqtadir, Ya Majid, Ya Syahid, Ya Haq, Ya Mujib, Ya Wadud…
Aku memohon kekuatan dariMu,
Genggamlah hatiku, juga jiwa-jiwa yang ada di sekelilingku,
Permudahkanlah urusan kami di dunia,
dan permudahkanlah urusan kami di akhirat kelak.
Maha Suci Engkau Ya Allah..Dalam sujudku, aku sangat sangat sangat rindukan MU. =)
jangan biarkan airmata ini tumpah kerana cinta dunia ya Allah.. aku mohon kekuatan dari MU..
jangan biarkan airmata ini tumpah kerana cinta dunia ya Allah.. aku mohon kekuatan dari MU..
sekian, thanks for reading n please... did understand it.
No comments:
Post a Comment