Wednesday, 30 January 2013

perkongsian (1)


cerita malam ni. 
forum perdana maulidur rasul. oleh ustaz salehuddin nasir dan adiknya, ustaz abdul rahim nasir. sangat terbaek. diselangi ghasidah dan selawat ... lau kana bainana, ya hanana mmg pasti ada. dan sangat meruntun jiwa. kalau tak caya. search utube.. dari bukak yang laen kan.. hehhehehe
antara soalan yg ditanyakan pada ahli panel. 

1. bagaimanakah bukti cinta kita pada rasul? 
2. bagaimanakah bukti cinta rasul pada umatnya?

jawapannya. 

1. pastikan cinta itu bukan cinta palsu. contoh cinta palsu. kita sebut kita sayangkan dan cintakan rasul. tapi kita tak berbuat apa-apa. tangan dok mesej nama lain? tv dok tgk benda laen. masjid takpi. eh? hehe.. contoh.. bukan awok-awok yang dok baca ni... 

Rasulullah SAW pernah bersabda. "orang yang akan menerima syafaat dari aku dan orang yg paling hampir denganku ketika hari akhirat ialah orang yang selalu berselawat ke atasku.  
berselawatlah ke atas nabi Muhammad SAW. sebutlah nama baginda selalu. sesungguhnya baginda tak pernah lupakan kita.. kalau kita sukakan seseorang,hari-hari nak sebut nama dia kan? hari-hari nak tengok dia kan? padahal dia belum tentu ingat kita. mcm tu lah kisahnya. kena sebut selalu, utk buktikan kita cintakan baginda. 

2. bukti cinta rasul. ketika di hujung nyawanya, masih menyebut "ummati..ummati..ummati.." itu hanya contoh kecil. ada yg lebih besar. Allah mendengar kekasihnya (Muhammad SAW) menangis di bumi. dan tidak tahan melihat tangisan teresak-esak itu. lalu Allah mengirimkan malaikat Jibrail utk bertanya kpd Muhammad, apa yg berlaku. lalu Jibrail turun dan bertanya. baginda menjawab "Aku risaukan ummatku. bagaimana  keadaan mereka nanti?" Rasullulah SAW sendiri risau kita akan diazab. tapi kita pernah risau dgn keadaan kita sendiri? astagfirullahalazim..   itu hanya contoh kecil. ada yg lebih besar. Subhanallah...

a) nabi berperang sehingga terkoyak pipi baginda dan patah gigi-gigi baginda. namun baginda masih teguh bangun kerana tidak mahu umatnya jatuh dan sedih melihat keadaanya.. baginda mahu umatnya menang dan bergembira, meskipun baginda sedang menahan sakit. tidak cukup kah bukti ni? 

b) baginda masuk ke syurga dan mendengar rayuan dari neraka. lalu malaikat berkata. "umatmu  yang di neraka itu wahai Muhammad," lalu nabi Muhammad SAW segera ke neraka utk melihat umatnya. satu langkah kaki baginda di neraka, memadamkan api di bawahnya. api neraka itu tidak tahan dengan kekuatan nur dari baginda Nabi Muhammad SAW dan terpadam. sehinggalah ke umatnya yg ditengah2 api tu. dan kesemua api terpadam. umatnya menjadi seperti arang. lalu dimasukkan ke syurga. bila sampai disyurga, ada tanda di dahi bekas penghuni neraka. dan mereka malu bila semua penghuni melihat tnda di dahi mereka. lalu Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar dihilangkan tanda tersebut. maka dengan kehendak Allah, hilangah tanda tersebut. 

*ilmu baru. setiap bekas penghuni neraka akan ditanda di dahinya bila dia masuk syurga . dan pghuni syurga tak tgk dah muka, tp tgk tanda kat dahi tu saja. tu yg malu.. yalah, org Islam tetap masuk syurga kan? selepas diazab sehari di neraka. ya Allah . kalau ada yg kata "takpa laa sehari ja. masuk syurga jugak". bawak bertaubat ye sayang... sehari di neraka . neraka. diulang. neraka. api yg panas kita kat dunia tuh dh 70 kali rendam dalam sungai tau. eh, xsure laa 70 kali ka 700 kali. wallah wa'lam.. 

itu saja perkongsian sedikit sebanyak.. mintak maaf kalau ada salah silap. tulis berdasarkan nota ja nih. tak rujuk mana-mana dah utk copy paste. hehe. wallah wa'lam. semoga kita sentiasa beringat2... dan berjaya menghadapi ujian dunia yg tiada penghujungnya.... aminn.. 

thanks sudi singgah.

wasalam,
-missa-